MENGENAI KAMI
VISI, MISI & OBJEKTIF
ORGANISASI ALUMNI
TAKWIM 2017-2018
Ringkasan Sejarah Penubuhan Alumni SHAH Pekan

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan Pahang (Alumni SHAH Pekan) secara rasminya didaftarkan pada tanggal 22 Mei 2014 di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran PPM-025-06-22052014.
Mesyuarat Agung yang pertama telah diadakan di K-Club Melawati pada 11 April 2015 dengan kehadiran seramai 58 orang ahli. Bertitik tolak dari mesyuarat tersebut, pelbagai aktiviti, program dan sumbangan langsung atau tidak langsung telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya oleh jawatankuasa dengan sokongan padu ahli.

Lambang Pertubuhan yang terdiri daripada tiga gabungan elemen iaitu logo SHAH Pekan sebagai asas melambangkan Pertubuhan yang ahlinya adalah bekas pelajar SHAH Pekan, warna hitam dan putih sebagai latar belakang melambangkan kedudukan sekolah di Negeri Pahang dan gading gajah bersilang melambangkan kesepaduan dan kejituan semangat ahli Pertubuhan dalam menjayakan matlamat dan tujuan Pertubuhan.
Nama Pertubuhan, Alumni SHAH Pekan di bahagian atas serta alamat laman sesawang Pertubuhan, shahpekan.org, di bahagian bawah memudahkan pengenalan dan komunikasi kepada ahli khususnya dan kepada masyarakat amnya.