Kunjungan Hormat Alumni SHAH Pekan Ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia


CYBERJAYA, 28 November 2017 – Barisan AJK Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Sains Sultan Hj. Ahmad Shah Pekan (Alumni SHAH Pekan) bagi penggal 2017-2020 yang diketuai oleh Pengerusinya YH Dato' Remie Arman b Musa telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Rombongan ini telah disambut oleh Pengarah BPSBPSK, YH. Dato’ Hajah Rashidah Binti Md Arif.

Selain dari beramah mesra, perihal kriteria pemilihan pelajar untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) juga telah dibincangkan. Kedua-dua pihak turut saling berkongsi idea dan pendapat dalam usaha untuk memperkasakan pelajar- pelajar SBP.

Turut dibincangkan adalah kerjasama yang boleh diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar dari luar bandar yang kurang berkemampuan ke SBP dan peranan Alumni dalam menyumbang kembali kepada sekolah dan pelajar terutamanya dalam aspek peluang kerjaya, sahsiah dan pembentukan jatidiri sebagai pelajar SBP.

Gambar : Alumni SHAH Pekan yang diketuai oleh Pengerusi-nya , YH Dato' Remie Arman Musa (kanan) telah memberikan kunjungan hormat kepada Pengarah BPSBPSK, YH Dato’ Hajah Rashidah Binti Md Arif (kiri) di pejabatnya di Cyberjaya.