Salam Ramadan Al-Mubarak

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

[Al-Baqarah:183]

Semoga Ramadan ini menambahkan taqwa, menguatkan iman di dada. Semoga Ramadan ini bukan sekadar lapar dan dahaga.

Salam Ramadan Al-Mubarak.


#5hari ke BBQ10.10.15 dan Tshirt Alumni

Salam Sejahtera Warga Alumni SHAH Pekan,

5 hari lagi ke BBQ Alumni.

Kelab Tasik Putrajaya
10.10.2015
3 Petang - 8 Malam

Antara yang menarik:

1) Cabutan bertuah tunai bernilai RM500, RM300, RM100 dan RM50x10 
2) Cabutan bertuah berupa voucher photography daripada Eyes Of Grace (Zubye Rusli, 1995). 
3) Cabutan bertuah berupa voucher daripada pakar hiasan dalaman Laurea Home Furnishing (Siti Hawa Ismail, 1995) 
4) Jualan buku 'Sekeping Gambar Seindah Memori' istimewa dengan autograf pengarang (Zubye Rusli, 1995). 
5) Percuma party pack untuk semua kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah. 
6) Kids corner dan aktiviti untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah. 
7) Pendaftaran direktori perniagaan ahli2. Anda boleh jumpa, borak2 dan mungkin wujudkan peluang networking, usahasama perniagaan malah peluang pekerjaan sesama ahli. 
8) Persembahan istimewa alunan saxophone (Aidi Bakhtiar, 1995) 
9) Shahians Fellowship Ride 
10) Kehadiran guru-guru SHAH Pekan sebagai tanda sokongan. Cikgu Lela Murad kata akan datang 1 bas guru dari SHAH Pekan!!
11) ANUREGRAH Batch paling ramai hadir BBQ! 
12) ANUGERAH Batch paling ramai daftar ahli & bayar yuran! 
13) Jualan & tempahan T-Shirt Alumni.
14) Jualan pelbagai kek lapis dan coklat oleh Watie Que's Kitchen (Qalam Hamidy, 1994)
15) Jualan produk2 Sambutan Jubli Perak oleh Koperasi SHAH Pekan.
16) Peluang untuk anda buka booth dan jual produk anda juga amat digalakkan!!

..dan banyak lagi aktiviti santai khas untuk ahli.

Pendaftaran masih dibuka. Jom beramai-ramai. [ bbq15.shahpekan.org ]

------------------------------

Tempahan TShirt Alumni juga masih dibuka. Boleh berhubung terus dengan Taufik 0166680344 / Hafiz 0122995691 untuk tempahan dan pertanyaan.




Fly

A dedication to all SHAHIANS around the globe, wherever we are.

video

Fly
Dedicated to all SHAHIANS around the globe, wherever we are.
Posted by Alumni SHAH Pekan - Official on Thursday, 1 October 2015


Reunion 1992

Salam sejahtera. Dikongsi gambar reunion SHAH Pekan batch 1992 yang keluar di ruangan Alumni Utusan Malaysia hari ini, 21 September 2015.
Reunion ini diadakan pada 30 Ogos 2015 tempohari bertujuan mengeratkan silaturrahim setelah terpisah lebih 23 tahun, serta bertujuan untuk mengumpul maklumat terkini bekas pelajar batch 1992 bagi tujuan makluman mengenai pendaftaran sebagai ahli bersama Alumni SHAH Pekan.
Semoga usaha-usaha silaturrahim ini dapat digiatkan dan mendapat rahmat dariNya.

-! Daftar BBQ Alumni 10.10.2015 , Putrajaya di bbq15.shahpekan.org atau melalui wakil-wakil batch yang telah dilantik !-

SHAHPekan All Star - Piala Alumni

Pasukan Bolasepak SHAHPekan All Star akan menyertai Piala Alumni Kebangsaan pada hujung minggu ini.
Maklumat perlawanan seperti berikut:
SHAHPekan All Star vs Ansara Kuantan
Tarikh: 19 September 2015 (Sabtu)
Masa: 10.00 PM
Tempat: Padang KLFA, Taman Desa Melawati
Diharapkan kepada bekas pemain & penyokong dapat turun ke padang menyokong dan menyuntik semangat kepada pasukan SHAHPekan All Star.
--! Jom Daftar BBQ Alumni !--
bbq15.shahpekan.org

Rugbi Alumni

Kelab Ragbi Alumni Shahpekan (KRAS) akan menyertai Liga Alumni Ragbi 2015 pada hujung minggu ini.
Maklumat perlawanan seperti berikut:
Shahpekan Phantoms  vs MRSM K. Klawang
Date: 19 September 2015 (Sabtu)
Masa: 3.30 PM
Tempat: Padang Alamanda, Putrajaya
Diharapkan kepada bekas pemain & penyokong dapat turun ke padang menyokong dan menyuntik semangat kepada pasukan Shahpekan Phantoms.
--! Kaunter daftar BBQ Alumni akan dibuka semasa perlawanan ini. Jom beramai ramai turun !--
bbq15.shahpekan.org